Mukim Senggang


Antara kampung-kampung yang terletak dalam Mukim Senggang ialah Kampung Senggang, Kampung Menora, Kampung Kubang Pekan dan Kampung Rambai 7. Kampung-kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Aktiviti sosial turut mewujudkan kesinambungan di antara sesama penduduk. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bergotong-royong dalam kenduri-kendera, majlis keramaian dan sebagainya.

Antara pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh Kampung Senggang ialah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Keceriaan Kampung Sempena Bulan Kemerdekaan. Kampung ini turut aktif dalam Program Anak Angkat dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) . Program tersebut memberi peluang kepada pelatih-pelatih AIM untuk tinggal selama tiga hari dua malam bersama penduduk kampung dan menyelami kehidupan penduduk di sini.
Perpustakaan Desa Kampung Senggang terletak di tengah-tengah Kampung Senggang bersebelahan dengan dewan orang ramai. Kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke sini. Perpustakaan desa ini dipilih menjadi salah satu perpustakaan yang menempatkan Program Pemberian Sejagat (USP).

No comments:

Post a Comment