Kg Talang Dusun

Kg Talang Dusun terletak dalam gugusan  kampung-kampung di Talang. Kampung ini boleh didatangi dari pekan Kuala Kangsar ke bulatan Double Lion dan masuk ke Jln Sultan Iskandar Shah (lihat LUMUT). Dari simpang yang diambil tadi, lebih kurang 600m masuk ke simpang kecil di sebelah kanan yang turun menuju ke padang golf. Masuk simpang kecil itu dan pandu terus ke Kg Talang Dusun.

Kg Talang Masjid pula terletak berdekatan Jalan Taiping. Jika anda memandu ke Jalan Taiping dan sebelum mendekati pintu gerbang, perlahankan kenderaan dan perhatikan simpang kecil sebelah kiri yang ada sebuah masjid. Masuk ke simpang sebelah kiri itu dan terus pandu ke sebelah masjid. Di situlah terletaknya Kg Talang Masjid. Di kampung inilah yang diadakan pertunjukan meriam karbaid yg menggunakan paip besi sepanjang 10 kaki pada setiap malam Hari Raya Puasa. Pertunjukan berlangsung selepas Isyak sehingga pagi raya.


No comments:

Post a Comment