Mukim Kg Buaya

Penghulu
(Kampung Buaya)
En. Zaini Bin Abd Aziz
En. Mohd Nawawi Bin Deris
Keluasan
7,940.5 hektar
Populasi 
10,480 orang
Parlimen
Padang Rengas
Wakil Rakyat
Y.B. DatoNazri b Abd Aziz
Kampung-kampung dalam mukim ini:

1. Kg. Paya Ranggam 
2. Kg. Paya Lintah     
3. Kg. Setor  
4. Kg. Gapis  
5. Kg. Keroh Hilir  
6. Kg. Lalang  
7. Kg. Paya Panjang
8. Kg. Sg Ati
9. Kg. Buaia
10. Kg. Keroh Hulu
11. Kg. Padang Asam
12. Kg. Kuala Dal
13. Kg. Changkat Gohor 
 
Kedudukan kampung-kampung ini sekitar 10 km hingga 20 km sahaja dari kawasan Pekan Padang Rengas yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan sebagainya.

Sejarah Padang Rengas bermula apabila ia dibuka dan dijadikan penempatan pada sekitar tahun 1850-an oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak atau lebih dikenali dengan panggilan Tun Perak. Ketika itu, Padang Rengas  di bawah  pemerintahan Sultan Jaafar yang merupakan Sultan Perak yang ke-23. Pada awalnya, Padang Rengas merupakan kawasan rata yang luas dan di pinggirnya terdapat banyak pokok rengas yang  hidup meliar.

Oleh sebab kawasan ini luas seolah-olah sebuah padang dan dikelilingi  pula oleh pepohon rengas, maka penduduk terus sepakat menamakan kawasan penempatan mereka sebagai Padang Rengas. Ketika itu, penempatan awal penduduk  banyak tertumpu di sekitar kawasan Kembar Batu dan Sungai Ati. Sungai Ati menjadi sumber bekalan air bersih dan ramai penduduk telah membina penempatan mereka di sepanjang tebing sungai tersebut. Ketika itu, penduduknya diketuai oleh  Orang Besar 16 iaitu Dato’ Paduka Setia Hj Abdul Latiff yang juga merupakan ayahanda kepada Long Jaafar.

Beliau juga bertanggungjawab membawa penduduk berpindah ke kawasan baharu dari penempatan lama ketika Zaman Pemerintahan Inggeris apabila jalan kereta api mula dibina berdekatan dengan Sungai Ati. Antara faktor pemindahan penduduk ketika itu ialah ingin mengusahakan penanaman padi dan meneroka ladang untuk tanaman getah.

2 comments: